Reset Red Blue Green
Malay (Malaysia)English (United Kingdom)
icon_rss
logo_right1
ikdn
piagam_pelanggan
pencapaian_piagam_pelanggan
maklum_balas_media
Direktori
Direktori
Direktori
Direktori

Hubungi Kami

Kementerian Dalam Negeri

Blok D1 & D2, Kompleks D
Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya      g_earth

Tel: 03 8886 8000
Fax : 03-88891613/03-88891610
emel: webmaster@moha.gov.my

Tel Bilik Gerakan: 03-88868112

Jumlah Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini152
mod_vvisit_counterSemalam3747
mod_vvisit_counterMinggu Ini36479
mod_vvisit_counterMinggu Lepas45190
mod_vvisit_counterBulan Ini64224
mod_vvisit_counterBulan Lepas217160
mod_vvisit_counterJumlah933358

Definisi PDF Cetak E-mail

Definisi Permit Penerbitan

“Akhbar” iaitu bahan-bahan penerbitan yang dicetak dalam apa-apa bahasa untuk dijual atau diedarkan dengan percuma secara berkala pada lat-lat tempoh tertentu tetapi tidak termasuk yang diterbitkan oleh atau untuk Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau Kerajaan Singapura.

Dibawah seksyen 6 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 permit boleh dipertimbangkan kepada mana-mana orang untuk mencetak apa-apa akhbar; atau mengimport, menerbit, menjual, mengeliling atau mengedar apa-apa akhbar yang dicetak di Malaysia atau Singapura.

Dibawah seksyen 5 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 adalah melakukan suatu kesalahan menjalankan aktiviti penerbitan tanpa permit dan apabila disabitkan, boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Jenis Permit Penerbitan

Terdapat 2 jenis permit penerbitan di bawah peruntukkan AMCP 1984;

Permit Penerbitan (Malaysia)
Seksyen 6 (1) (a), AMCP 1984: Permit yang diberi kepada mana-mana orang untuk mencetak dan menerbitkan akhbar di Malaysia.
( Contoh No.Permit Penerbitan: PP 15.../02/2009(02....) - Semenanjung )
( Contoh No.Permit Penerbitan: PPK 15.../02/2009(02....) - Sarawak )
( Contoh No.Permit Penerbitan: PPH 15.../02/2009(02....) - Sabah )

Permit Penerbitan (Singapura)
Seksyen 6 (1) (b), AMCP 1984: Permit yang diberi kepada mana-mana tuan punya mana-mana akhbar di Singapura membenarkan akhbar itu diimport, dijual, atau diedar di Malaysia.
( Contoh No.Permit Penerbitan: PPS 15.../02/2009(02....) - Singapura )

Pengecualian Permit Penerbitan

Penerbitan Tidak Berkala (One-Off Publication);
Hasil penerbitan atau apa-apa dokumen atau majalah berkala oleh atau untuk Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana Badan Berkanun dibawah Seksyen 25 (1); AMCP 1984 ;dan
Melalui perintah Menteri yang disiarkan dalam Warta di bawah Seksyen 25 (2); AMCP 1984.


Pemohon

Syarikat Sdn. Bhd. / Bhd., pemohon mestilah salah seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah atau Setiausaha Syarikat yang mana nama tersebut terdapat di dalam Borang 49;
Perniagaan Tunggal / Perkongsian, pemohon mestilah rakan kongsi utama atau rakan kongsi yang mana nama tersebut terdapat dalam Borang A atau Borang B;
Pertubuhan/Persatuan/Koperasi/dll., permohonan hendaklah dibuat atas nama Pengerusi/Presiden/Setiausaha;
Pertubuhan Serantau/Antarabangsa, permohonan dibuat atas nama wakil.

Kadar Bayaran

Bayaran boleh dibuat melalui bank draf berdasarkan kepada kekerapan seperti berikut:

Harian                                            … RM 3,000.00
5 atau 6 kali seminggu               … RM 2,000.00
2 atau 3 atau 4 kali seminggu   … RM 1,000.00
Mingguan                                       … RM    800.00
2 atau 3 kali sebulan                   … RM    500.00
Bulanan                                          … RM    400.00
1 hingga 11 kali setahun            … RM    300.00
Surat Berita                                    … RM      50.00