Reset Red Blue Green
Malay (Malaysia)English (United Kingdom)
icon_rss
logo_right1
ikdn
piagam_pelanggan
pencapaian_piagam_pelanggan
maklum_balas_media
Direktori
Direktori
Direktori
Direktori

Hubungi Kami

Kementerian Dalam Negeri

Blok D1 & D2, Kompleks D
Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya      g_earth

Tel: 03 8886 8000
Fax : 03-88891613/03-88891610
emel: webmaster@moha.gov.my

Tel Bilik Gerakan: 03-88868112

Jumlah Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini274
mod_vvisit_counterSemalam3747
mod_vvisit_counterMinggu Ini36601
mod_vvisit_counterMinggu Lepas45190
mod_vvisit_counterBulan Ini64346
mod_vvisit_counterBulan Lepas217160
mod_vvisit_counterJumlah933480

Publisiti Work And Holiday Visa Program PDF Cetak E-mail

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Program ini ditawarkan kepada warganegara kedua-dua negara yang berminat untuk melancong sambil bekerja dengan syarat pemohon perlu memenuhi kriteria-kriteria berikut:

i. bertujuan untuk melancong di Malaysia atau Australia;

ii. berumur di antara 18 – 30 tahun pada masa permohonan;

iii. mempunyai kelulusan pendidikan tinggi atau sekurang-kurangnya sudah menjalani 2 tahun pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di universiti;

iv. berkebolehan dalam berbahasa Inggeris;

v. tidak membawa bersama anak-anak;

vi. tidak pernah menyertai program ‘Work and Holiday Program’;

vii. mempunyai pasport dan tiket penerbangan pulang atau wang yang mencukupi bagi pembelian tiket penerbangan tersebut;

viii. mempunyai kewangan yang cukup untuk menampung kehidupan diri sendiri semasa tempoh awal berada di Malaysia atau Australia;

ix. rekod kesihatan yang baik:

a. pemohon Malaysia - perlu memenuhi tahap kesihatan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Australia
b. pemohon Australia - perlu mempunyai kesihatan yang baik serta disokong dengan sijil perubatan yang sah yang dikeluarkan oleh doktor bertauliah di Australia; dan

x. rekod rakyat yang baik:

a. pemohon Malaysia - perlu memenuhi kriteria karakter dan memperoleh Letter of Good Conduct dari Kementerian Luar Negeri
b. pemohon Australia - tidak boleh mempunyai rekod jenayah.

3.2 Peserta Work and Holiday Visa Program yang telah memasuki Malaysia atau Australia perlu mematuhi peraturan dan undang-undang negara Malaysia dan Australia dan tidak boleh terlibat di dalam mana-mana kerja yang tidak dibenarkan bagi maksud ‘Work and Holiday Visa Program’ iaitu:

i. tujuan utama lawatan di bawah ‘Work and Holiday Visa Program’ adalah untuk melancong dan bekerja adalah dengan tujuan menampung kehidupan untuk melancong;

ii. peserta tidak dibenarkan bekerja:
- di firma atau syarikat yang memerlukan kelayakan profesional
- berkaitan industri hiburan seperti menyanyi dan menari
- spa
- kaunter perkhidmatan (frontliners)
- aktiviti sukarela

iii. pemegang visa ‘Work and Holiday Program’ tidak dibenarkan bekerja dengan satu majikan lebih daripada 6 bulan;

iv. pemegang visa ‘Work and Holiday Program’ tidak dibenarkan belajar atau menjalani latihan lebih dari 4 bulan tempoh lawatan;

v. visa ‘Work and Holiday Program’ secara automatik membenarkan pemegang visa untuk bekerja dan menetap secara sementara di Malaysia atau Australia;

vi. permohonan ‘Work and Holiday Program’ perlu dilakukan oleh warganegara Malaysia di Malaysia dan warganegara Australia di Australia;

vii. pemohon ‘Work and Holiday Program’ yang terpilih oleh mana-mana badan Kerajaan masing-masing perlu mempunyai surat sokongan bahawa mereka layak menyertai program tersebut; dan

viii. pemohon akan ditemuduga jika perlu.