Awam | Warga KDN     phone white icon 7.jpg 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

MY BEAUTIFUL MALAYSIA DAY DI TAMAN MEDAN, PETALING JAYA

426087_535985673088737_816387070_n

Petaling Jaya, 3 Februari 2013┬áÔÇô YAB DatoÔÇÖ Sri Najib Tun Razak dan isteri telah meluangkan masa bersarapan bersama-sama sukarelawan┬á1M4U┬áserta penduduk Taman Medan bersempena dengan pelancaran Program ÔÇ£My Beautiful Malaysia DayÔÇØ yang telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan. Perdana Menteri turut sempat beramah mesra dan mendengar sendiri permasalahan yang dihadapi oleh penduduk setempat.┬á Beliau juga turut meletakkan batu-bata sebagai simbolik bermulanya kerja menaik taraf surau At-Taufiqiah.

Seramai 100,000 sukarelawan daripada pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi seperti Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta penduduk setempat hadir pada majlis tersebut. Dalam ucapan perasmian, YAB Datuk Seri Perdana Menteri berkata, bahawa Program Transformasi Sosial yang sedang dilaksanakan kerajaan adalah berasaskan penglibatan konstruktif belia dalam proses pembinaan negara yang berteraskan sistem nilai, budaya dan sikap masyarakat yang kukuh. Program yang dianjurkan 1Malaysia for Youth (1M4U) ini juga menyasarkan penyertaan golongan  belia dalam aktiviti sukarelawan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.

395736_535985506422087_1377670428_n

Perdana Menteri turut mengumumkan mengenai penubuhan sebuah stesen radio baharu yang dinamakan Radio iM4U yang akan diwujudkan tidak lama lagi bertujuan mendekatkan golongan belia dengan kerajaan. Dalam majlis sama Perdana Menteri juga menerima sumbangan Tabung Kecemasan GAZA Palestin sebanyak RM261,960.00 daripada┬áKementerian Dalam Negeri┬á(KDN) dan RM289,000 daripada RELA yang disampaikan oleh YB DatoÔÇÖ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri.

426134_535985593088745_836393477_n

405639_535985789755392_1426076040_n

Hadir sama YABhg. Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa.

=Tamat=

Agencies |

CLICK LOGO FOR SERVICES INFO

 PDRM  PENJARA  JIM  JPN  AADK  JPPM RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom