header plain mobile2

  • Laman Utama
  • Terkini
  • Program Penerapan Nilai-nilai Murni bersama YB Menteri Dalam Negeri di Masjid Jabatan Penjara Malaysia Kajang. (2)

Program Penerapan Nilai-nilai Murni bersama YB Menteri Dalam Negeri di Masjid Jabatan Penjara Malaysia Kajang. (2)

KAJANG: Ikatan silaturahim dikalangan warga KDN, Jabatan dan Agensi dibawahnya terus dipererat dengan Program Penerapan Nilai-nilai Murni bersama YB Menteri Dalam Negeri yang diadakan di Masjid Jabatan Penjara Malaysia Kajang.

 

YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri Dalam Negeri dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman yang tiba kira-kira jam 6.00 petang disambut oleh YBhg. Dato’ Seri Alwi bin Haji Ibrahim, Ketua Setiausaha dan Pengurusan Atasan KDN, Jabatan serta Agensi.

 

Program dimulakan dengan bacaan doa diikut dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran oleh Encik Abdullah bin Haji Abdul Wahab, Qari dari Jabatan Pendaftaran Negara. Sementara menanti waktu berbuka, hadirin sama-sama mendengar tazkirah.

 

Seramai 150 anak-anak yatim, OKU dan golongan yang kurang berkemampuan dari kawasan sekitar turut diraikan dalam program yang dihadiri lebih 1,500 orang warga KDN, Jabatan dan Agensi dibawahnya.