header plain mobile2

KDN Terima 2 Anugerah di Persidangan Psikologi Modal Insan 2017 (2)

9 Oktober 2017, Putrajaya: KDN hari ini telah menerima Anugerah Penarafan Bintang Standard Psikologi Sumber Manusia dan Amalan Terbaik Psikologi 2017 sempena Persidangan Psikologi Modal Insan 2017 anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

 

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri kepada YBhg Dato’ Wan Ali Besar, TKSU Pengurusan KDN yang mewakili YBhg. Dato’ Sri KSU.

 

YAB TPM dalam ucapan perasmiannya mencadangkan Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia dibangunkan bagi mengukurkan tahap kesejahteraan rakyat negara ini.

 

Beliau berharap indeks berkenaan dapat dibangunkan menerusi kerjasama erat antara pihak kerajaan, swasta, tenaga berkepakaran dan ahli-ahli akademik.