Soalan Lazim
1. Apakan bentuk pencetakan/ penerbitan teks al-Quran yang memerlukan lesen ?
- Semua bentuk pencetakan/ penerbitan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran sekurang-kurangnya 1 juzuk adalah perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ).
2. Apakah prosedur untuk memohon Lesen Mencetak/Menerbit Teks Al-Quran.
- Perlu mendapatkan dan mengisi borang permohonan (Borang A).
- Sertakan maklumat-maklumat/ dokumen berkaitan :-
- Salinan Lesen Mesin Cetak yang sah (Di bawah AMCP 1984)
- Salinan Surat Pendaftaran
- Borang A - Borang Permohonan bagi lesen untuk Mencetak/ Menerbitkan Teks Al-Quran yang lengkap dipenuhi.
- Maklumat tambahan permohonan bagi lesen untuk Mencetak/ Menerbit Teks Al-Quran Borang A (1)
- Salinan Surat Pendaftaran Syarikat
- Senarai Perunding sekurang-kurangnya 2 orang yang pakar dalam bidang :
- Pengajian Al-Quran dan Qiraat - Hafiz
- Pengajian Syariah
- Senarai Nama Pekerja yang dibayar Caruman EPF
- Salinan butir-butir Pemegang Saham Syarikat (Borang 24 Akta Syarikat 1965)
- Senarai kelengkapan pejabat (seperti telefon, fax, photostat, mesin dan lain-lain)
3. Saya ingin mencetak al-Quran, syarikat manakah yang memiliki Lesen Mencetak/ Menerbit Teks Al-Quran ?
- Tuan boleh merujuk kepada senarai syarikat-syarikat yang telah diberi kelulusan Lesen oleh Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran sebagaimana yang disenaraikan dalam web ini.
4. Apakah jenis rasm al-Quran yang diterima pakai di Malaysia ?
- Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran telah menetapkan bahawa rasm Al-Quran yang diterima pakai di Malaysia adalah Rasm Uthmani Riwayat Hafs An Asim.
5. Siapakah pihak berkuasa yang memastikan kesahihan dan meluluskan teks Al-Quran ?
- Setiap teks Al-Quran akan disemak oleh Lajnah Penyemakan dan Penilaian Teks Al-Quran dan akan dikemukakan untuk kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ), Kementerian Dalam Negeri.