Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Selamat Datang

Pautan Pantas Maklumat Korporat, Direktori, Perkhidmatan Online, Terkini dan Menu Portal

  kdn mapkdn feedbackkdn contact uskdn faq

Latar belakang

1.1 Kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 untuk menyiasat kewujudan penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis. Persetujuan penubuhan Suruhanjaya tersebut telah pun diputuskan di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Oktober 2018.

1.2 Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Penemuan Kem Penempatan Sementara dan Kubur Wang Kelian ditubuhkan bagi menyiasat siasatan kes penemuan kubur besar di Wang kelian.

1.3 Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 29 Januari 2019 telah perkenan dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) Mengenai Penemuan Kem Penempatan Sementara dan Kubur di Wang Kelian, Perlis dan pelantikan Ahli Suruhanjayanya.

1.4 Penubuhan Suruhanjaya itu serta pelantikan anggota-anggotanya menurut kehendak dan maksud seksyen 2, Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 seperti yang berikut :-


i. YABhg. Tun Arifin Bin Zakaria
Pengerusi
(Bekas Ketua Hakim Negara)

ii. YBhg. Tan Sri Norian Mai
Timbalan Pengerusi
(Bekas Ketua Polis Negara)

iii. YBhg. Dato’ Noorbahri Bin Baharuddin
Ahli
(Bekas Ketua Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara)

iv. YBhg. Tan Sri Razali Bin Ismail
Ahli
(Pengerusi SUHAKAM)

v. YBhg. Datuk Junaidah Binti Abdul Rahman
Ahli
(Bekas Ketua Penyelidik, Jabatan Peguam Negara)

vi. YBhg. Dato' Nazirah Binti Hussain
Ahli
(Bekas Duta Malaysia ke Thailand)

vii. YBrs. Dr. Tan Seng Giaw
Ahli
(Bekas Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC))

viii.YBrs. Encik Yusran Shah Bin Mohd Yusof
Setiausaha
(Setiausaha Bahagian, Bahagian Keselamatan, Kementerian Dalam Negeri)

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom