Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Carian untuk:
Cari Hanya:
Jumlah: 39 keputusan dijumpai

Jabatan Imigresen Malaysia: Video Klip Pegawai Migresen Wanita Yang Viral Di Media Sosial

KENYATAAN MEDIA 
JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
TARIKH: 29 APRIL 2016 
VIDEO KLIP PEGAWAI MIGRESEN WANITA YANG VIRAL DI MEDIA SOSIAL
 
Merujuk kepada isu seorang Pegawai Imigresen wanita yang didakwa melakukan kekerasan terhadap tahanan warga asing yang  viral di media sosial. Jabatan Imigresen Malaysia  telah mengambil tindakan serta merta menukarkan pegawai yang terlibat dari Unit Penguatkuasa ke Unit Pentadbiran, Jabatan Imigresen Negeri Sembilan sementara menunggu hasil siasatan penuh kes tersebut.
 
JIM akan melakukan siasatan secara terperinci berhubung kes ini. Jika hasil siasatan mendapati pegawai tersebut terbukti bersalah melanggar peraturan - peraturan sebagai penjawat awam, Jabatan ini tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) Pindaan 2002.
 
#TAMAT.#
 
Dato’ Sri Sakib Bin Kusmi
Ketua Pengarah
Jabatan Imigresen Malaysia
 

KENYATAAN MEDIA MENGENAI KLIP VIDEO TULAR INSIDEN PERTENGKARAN DI LEBUH RAYA

KENYATAAN MEDIA

MENGENAI

KLIP VIDEO TULAR INSIDEN PERTENGKARAN DI LEBUH RAYA

21 JUN 2018


 

1. Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius sebuah klip video yang tular di media sosial sejak semalam mengenai satu insiden pertengkaran di lebuh raya di mana seorang individu dalam video tersebut telah mendakwa dirinya dari KDN.

 

2. Kementerian telah mengenalpasti individu tersebut dan mendapati beliau merupakan Ahli Kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang dilantik pada Februari 2015.

 

3. Siasatan lanjut mendapati beliau juga telah digantung dari jawatan tersebut dan disiasat atas kesalahan salahguna kuasa pada Mei 2017.

 

4. Sehubungan itu, Kementerian memohon agar pihak terlibat untuk tampil membuat laporan polis supaya tindakan selanjutnya untuk menyiasat individu tersebut boleh dijalankan oleh PDRM.

 

5. Pada masa yang sama, KDN telah memanjangkan klip video tersebut kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

 

6. KDN ingin mengingatkan warga KDN atau mana-mana individu agar tidak menyalahgunkan nama KDN untuk kepentingan sendiri.

 

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

PUTRAJAYA

KENYATAAN MEDIA PENGERUSI LEMBAGA PENGAWALAN DAN PELESENAN PENCETAKAN TEKS AL-QURAN MENGENAI PENGESAHAN STATUS KALIMAH ALLAH PADA TAPAK KASUT JENAMA BATA

KENYATAAN MEDIA

PENGERUSI LEMBAGA PENGAWALAN DAN PELESENAN

PENCETAKAN TEKS AL-QURAN

SAHIBUS SAMAHAH

TAN SRI DATO’ SERI DR. HAJI HARUSSANI BIN ZAKARIA

 

MENGENAI 

 

PENGESAHAN STATUS KALIMAH ALLAH PADA TAPAK KASUT JENAMA BATA

 

Berikutan penularan berkaitan dakwaan tulisan kalimah Allah pada tapak kasut jenama BATA kebelakangan ini di laman media sosial, Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran dengan ini memaklumkan bahawa hasil semakan dan penelitian yang dibuat oleh Ahli Lajnah Tasheh al-Quran mendapati bahawa tulisan pada tapak kasut tersebut jelas TIDAK menyerupai kalimah Allah. Justeru itu, Lembaga merakamkan jutaan terima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia yang beragama Islam yang terlebih dahulu merujuk perkara ini kepada kami.

Terima Kasih,

 

(TAN SRI DATO’ SERI (DR) HAJI HARUSSANI BIN HAJI ZAKARIA)

Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan

Pengerusi Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran

29 MAC 2017

Maklumbalas Laporan Media Akhbar Malay Mail Online “Foreign Worker Crackdown Leaves IOI City Mall Food Court In Mess” Bertarikh 18 Mac 2016

 

KENYATAAN MEDIA

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

TARIKH: 18 MAC 2016

MAKLUMBALAS LAPORAN MEDIA

AKHBAR MALAY MAIL ONLINE “FOREIGN WORKER CRACKDOWN LEAVES IOI CITY MALL FOOD COURT IN MESS” BERTARIKH 18 MAC 2016.


 

Merujuk kepada laporan Akhbar Malay Mail Online bertarikh 18 Mac 2016, mengenai Operasi Bersepadu ke atas Medan Selera lain-lain premis perniagaan di IOI City Mall yang telah menyebabkan peniaga dan pengunjung berhadapan dengan kesukaran diluarjangkaan.Perkara ini berlaku kerana ramai pekerja asing telah ditahan atas pelbagai kesalahan pada operasi tersebut.

Dalam Operasi tersebut Pihak Imigresen telah menahan 262 warga asing atas pelbagai kesalahan, antaranya adalah kesalahan di bawah seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan dan pas yang sah, Seksyen 15(1)(c) AktaImigresen 1959/63 kerana tinggal melebihi tempoh sah dan, kesalahan dibawah peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas. Dari jumlah 262 warga asing yang ditahan pecahan warganegara adalah seperti berikut, Nepal 73 lelaki dan 2 perempuan, Bangladesh 62 lelaki, Myanmar 37 lelaki dan 7 perempuan, Indonesia 39 lelakidan 17 perempuan, Philipina 15 lelakidan 6 perempuan, Yaman 2 lelaki, Vietnam dan Syria masing-masing 1 tangkapan lelaki.

Para majikan seharusnya sedar bahawa tindakan mereka menggaji warga asing tanpa Pas yang sah adalah merupakan satu kesalahan serius dan amaran telah dikeluarkan berulang kali dalam media-media masa mahu pun media sosial baik dari Jabatan Imigresen, dan dari Kementerian Dalam Negeri, amaran demi amaran dan kenyataan demi kenyataan telah dikeluarkan tetapi masih ramai majikan berdegil dan terus menggajikan pekerja asing tanpa izin sebagai pekerja mereka.

Hasil pemeriksaan mendapati ramai pekerja asing bekerja di bahagian barisan hadapan (Frontliner) yang jelas merupakan sektor yang tidak dibenarkan menggunakan pekerja asing, seperti juruwang, juru jual lelaki dan wanita, pelayan restoran, dan sebagainya. Perkara ini amat menduka citakan kerana pihak majikan berkenaan memandang remeh dan sanggup melanggar undang-undang untuk mengaut keuntungan jangka pendek semata-mata dan tindakan mereka turut menyumbang kepada kebanjiran warga asing tanpa izin dan kemasukan warga asing ini dilakukan oleh agen-agen atas permintaan majikan, yang sedemikian dan bukannya dari pihak kerajaan.

Pihak Jabatan Imigresen tidak seharusnya dipersalahkan kerana menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan baik, sebaliknya para majikan seharusnya matang dan tahu bahawa mereka telah melakukan kesalahan dan menerima akibat dari keputusan mereka. Pihak Jabatan Imigresen juga tidak akan berhenti setakat menahan warga asing yang melakukan kesalahan sahaja kerana pihak Imigresen akan menyiasat dengan lebih lanjut setiap kes dan majikan berkenaan selepas ini akan turut berhadapan dengan tindakan undang-undang selanjutnya mengikut peruntukan-peruntukan yang sedia ada di bawah Akta Imigresen.

Bagi majikan yang memiliki pekerja Asing yang sah dan memiliki Pas Kerja yang dikeluarkan Jabatan Imigresen, sukacita turut diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan syarat-syarat pengeluaran pas tersebut dan hanya bekerja dalam sektor yang telah diluluskan. Pihak majikan juga perlu mengemukakan dokumen asal apabila diminta berbuat demikian oleh Pihak Berkuasa. Amalan pihak majikan hanya memberikan salinan dokumen sahaja kepada pekerja mereka telah membuka peluang kepada penjenayah untuk mengeluarkan salinan palsu, dan perlu ditegaskan di sini salinan bukanlah satu dokumen yang sah.

Kerajaan juga telah member peluang kepada para Majikan untuk mendaftarkan pekerja asing yang bekerja dengan mereka melalui program “Rehiring” yang telah dibuka sejak 15 Februari 2016 dan akan ditamatkan pada 30 Jun 2016. Majikan perlu merebut peluang ini dan mendaftarkan segera pekerja asing mereka sebelum tamat tempoh Program, Operasi-operasi penguatkuasaan juga tetap akan diteruskan sepanjang tempoh ini. Mana-mana Pekerja Asing atau majikan yang ditahan kerana melakukan kesalahan, tindakan tegas tetap akan diambil.

#TAMAT#

DATO’ SRI SAKIB BIN KUSMI
KETUA PENGARAH IMIGRESEN
MALAYSIA

Kenyataan Media Mengenai Program Karnival United Against Crime (UAC) 21 - 23 Ogos 2015

KENYATAAN MEDIA 

MENGENAI

PROGRAM KARNIVAL UNITED AGAINST CRIME (UAC)

21 - 23 OGOS 2015

______________________________________________________________________________________________________

1. Karnival United Against Crime (UAC) telah diadakan pada 21 hingga 23 Ogos 2015 di Padang B, Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor. Pelbagai pengisian diadakan sepanjang karnival ini, antaranya pameran daripada jabatan / agensi Kerajaan, Taklimat Wanita Perangi Jenayah Bersama AMANITA, taklimat penyalahgunaan dadah, Mesej daripada Penjara, Demonstrasi Teknik Pencegahan Jenayah dan Sesi Dialog Bersama Masyarakat Tempatan.

2. Tujuan Karnival UAC diadakan ialah untuk menjalin hubungan secara proaktif dan bersepadu antara Kerajaan bersama rakyat dalam kempen pencegahan jenayah serta memberi pendedahan dan kesedaran kepada rakyat tentang tanggungjawab terhadap keselamatan diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

3. Kerajaan berjaya mengurangkan kadar jenayah seperti mana yang disasarkan dalam KPI NKRA Mengurangkan Jenayah. Namun begitu, Kerajaan sedang dan akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif NKRA Mengurangkan Jenayah bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini terus terpelihara.

4. KDN akan terus berganding bahu bersama-sama dengan semua pihak dalam perkara ini. Malah usaha dan kerja keras sedia ada akan dipertingkatkan lagi kerana yang penting bagi kerajaan ialah untuk memastikan rakyat di negara ini merasa selamat dan terjamin.

5. Selain daripada jabatan / agensi Kerajaan, sektor swasta, persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) dan institusi pendidikan, komuniti setempat juga perlu terlibat secara aktif dalam usaha mengurangkan jenayah.

6. Bersesuaian dengan tema sambutan Hari Kebangsaan 2015 pada 31 Ogos 2015 iaitu ÔÇ£SEHATI SEJIWAÔÇØ, ia lebih menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia. Kita perlu menerapkan kepentingan bermasyarakat kepada setiap individu. Hasilnya, secara tidak langsung ia akan mewujudkan tahap kepercayaan antara masyarakat. Dengan itu, lebih mudah untuk bersatu-padu dan berganding bahu terutama dalam aktiviti mencegah dan membanteras jenayah.

7. Bagi tempoh 2009 hingga 2014, kadar jenayah di Malaysia telah berjaya diturunkan sebanyak 40% iaitu daripada 209,817 kes pada tahun 2009 kepada 128,544 kes pada tahun 2014. Kejayaan ini adalah hasil daripada kerjasama masyarakat dengan pihak Kerajaan khususnya Polis Diraja Malaysia.

8. Bagi tempoh Januari hingga Julai 2015, IPK Johor berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 11.5% berbanding 5% sasaran yang ditetapkan. Jenayah pecah rumah berjaya dikurangkan sebanyak 11.1% berbanding 10% yang disasarkan dan pengurangan jenayah jalanan sebanyak 18.6% berbanding 15% seperti yang disasarkan.

9. Pengurangan indeks jenayah sebanyak 40% ini merupakan satu pencapaian yang besar dan signifikan. Namun, sebaliknya masyarakat umum masih merasakan bahawa kadar jenayah semakin meningkat dan kebimbangan terhadap jenayah juga masih lagi tinggi.

10. Kadar jenayah tidak dapat dihapuskan secara menyeluruh, begitu juga rasa takut terhadap jenayah tetapi kita mampu untuk mengurangkan peluang daripada berlakunya jenayah melalui pencegahan, ÔÇÿPrevention is Better Than CureÔÇÖ .

11. Kita sedia maklum bahawa trend pada hari ini, media sosial telah menjadi wadah informasi yang sangat pantas namun terdapat juga banyak maklumat telah direkayasa malahan ada yang tidak benar sama sekali. Namun, rakyat kelihatan sangat mudah dan cepat mempercayai maklumat yang telah disebarkan tanpa mendapatkan kesahihan terlebih dahulu. Ini secara tidak langsung telah menambahkan dan kebimbangan dalam kalangan orang awam.

12. Menangani persepsi negatif ini bukannya satu perkara yang mudah dan ianya perlu ditangani dengan bijaksana dan holistik. Sekiranya tidak ditangani dengan baik maka ia akan memberikan imej yang negatif kepada Kerajaan walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyatnya. Seringkali pemikiran rakyat dipesongkan oleh pihak-pihak tertentu, seolah-olah kerajaan tidak serius dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta ingin menggambarkan bahawa kerajaan telah gagal dalam menangani perkara ini.

13. Padahal, banyak tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan telah membuahkan hasil yang baik dan berjaya serta mendapat pengiktirafan termasuk pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Ia telah menjadi satu cabaran dan tanggungjawab yang sangat besar kepada pihak Kerajaan dalam usaha untuk memperbetulkan persepsi orang awam terhadap realiti sebenar.

14. Sebagai contoh, negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia juga menghadapi persepsi masyarakat yang menyatakan bahawa kadar jenayah masih tinggi di negara berkenaan sedangkan realitinya statistik menunjukkan kadar jenayah menurun. Dalam hal ini, kerajaan sedar bahawa usaha-usaha yang telah dilakukan perlu diteruskan dan dipertingkatkan lagi.

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG PERINTAH LARANGAN TERHADAP PENERBITAN BERTAJUK ÔÇ£PEREMPUAN NAN BERCINTAÔÇØ KARYA FAISAL TEHRANI

KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

PERINTAH LARANGAN TERHADAP PENERBITAN BERTAJUK ÔÇ£PEREMPUAN NAN BERCINTAÔÇØ KARYA FAISAL TEHRANI

 

1. ┬á ┬á ┬á ┬áDimaklumkan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan Perintah Larangan berkuatkuasa 9 April 2014 terhadap penerbitan novel bertajuk ÔÇ£Perempuan Nan BercintaÔÇØ karya Faisal Tehrani kerana mungkin memudaratkan ketenteraman awam. Novel tersebut adalah terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad dan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB).┬á

2.        Warta Perintah Larangan ini adalah mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301). Perintah ini menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam adalah dilarang secara mutlak di seluruh Malaysia. 

3.        Alasan kenapa penerbitan ini dikenakan Perintah Larangan kerana mengandungi unsur seperti berikut: 

i.              Mempertikai dan memperlekehkan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang seolah-olah mendiskriminasikan kaum wanita. Hadith-hadith ini dianggap punca al-Quran dipandang seperti mentaliti primitif Eropah pada abad pertengahan. Pandangan ini adalah perspektif skeptikal yang sengaja diberikan untuk memburuk-burukkan hadith tersebut walhal hadith tersebut mempunyai konteks tertentu. 

ii.             Mendewa-dewakan Ahlul Bayt secara berlebihan dan menafikan Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai mazhab yang diterima. Terdapat cubaan membawa hadith palsu berkenaan keutamaan Ahlul Bayt seperti yang terkandung di dalam kitab-kitab Syiah. Golongan yang dikatakan tidak mengikut Ahlul Bayt (yang seolah-olah bermaksud ajaran Syiah) sebagai golongan yang diragui. 

iii.           Unsur seolah-olah ajakan menentang pihak berkuasa Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan alasan kebebasan bermazhab. Mendakwa kewujudan dan penubuhan institusi atau agensi yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama rasmi akan menyempitkan pengertian agama kepada kelompok tertentu sahaja sedangkan yang lain akan dianggap salah dan disekat. Dakwaan bahawa menginstitusikan agama akan menyebabkan agama menjadi milik manusia yang mentafsirkan Al-Quran dan Al-Sunnah sesuka hati menurut fahaman sendiri. 

4.     Larangan penerbitan ini adalah bertepatan dengan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 yang antara lain memutuskan ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-undang Islam. Muzakarah juga menetapkan semua umat Islam di negara ini adalah tertakluk kepada undang-undang Islam dan hukum syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sehubungan itu, penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa- apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan. 

5.     Adalah ditegaskan bahawa keputusan ini dibuat bagi menghalang suatu cubaan untuk menyuntik propaganda Syiah menerusi karya kreatif yang mungkin disasarkan kepada golongan akademik dan remaja. Ianya juga mungkin boleh mendatangkan implikasi negatif dengan mengelirukan pegangan syariat Islam (Ahli Sunnah Wal Jamaah) umat Islam di Negara ini dan memberi implikasi serius dari sudut keselamatan dan sosial masyarakat Islam di Malaysia. Pertembungan dua aliran antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah ini juga dikhuatiri boleh mencetuskan ancaman keselamatan dan ketenteraman awam di kalangan umat Islam.

 

T A M A T

 

Kementerian Dalam Negeri

2 Mei 2014

KAKITANGAN KDN DIDEDAHKAN DENGAN KURSUS PENULISAN MEDIA

KIRA-KIRA 50 pegawai dan kakitangan Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan jabatan serta agensi di bawahnya menghadiri kursus Penulisan Media Konvensional Dan Media

Sosial selama tiga hari di Gold Coast Resort, Morib dalam usaha meningkatkan perkhidmatan awam masing-masing.

Dua penceramah jemputan iaitu Ketua Pengarah Urusan SE Creative Sdn Bhd Syed Mohd Saiful Ikhwan (media sosial) ketika mengendalikan kursus itu.

080

Selain ceramah, peserta kursus turut didedahkan dengan latihan amali berkaitan penulisan media.

Majlis makan malam, penyampaian sijil dan acara cabutan nama bertuah pula diadakan pada penghujung kursus.

Pertandingan nyanyian karaoke yang disertai peserta kursus menyaksikan Timbalan Superintenden Polis (DSP) Rizal Abdul Rahman Sidek bergelar juara.

Rizal berpadu suara dengan Marshiela Salamat (naib johan), dengan tempat ketiga milik Mohd Amir Khusairi, Azuan Abu Bakar berpadu suara dengan Muhammad Zulnun Othman Abdul Rahim (tempat keempat) dan Nor Hatika Johari tempat kelima.

AMAT BERMANFAAT

Ketua Penolong Setiausaha UKK KDN Kazidi Mohd Zainuddin, 38, berkata kursus ini memberi manfaat kepadanya dan bercadang mengikuti kursus lanjutan jika ada kelak.

ÔÇ£Penyampaian bahan kursus ini amat menarik dan bahan yandisampaikan penceramah juga baik,ÔÇØ katanya.

Timbalan Setiausaha Bahagian UKK KDN Zuraidah Zainuddin, 55, berkata beliau pernah menghadiri kursus sama anjuran Jabatan Penerangan Malaysia sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, kursus ini member manfaat dan faedah baik dan beliau merancang mempraktikkan apa yang dipelajari.

ÔÇ£Kursus ini sangat membina dan merupakan ÔÇÿrefreshÔÇÖ kepada saya dan peserta-peserta lain.

ÔÇ£Saya berharap kursus ini perlu dapat diteruskan secara bersiri bagi mendedahkan peserta kepada penulisan kreatif atau pembujukan,ÔÇØ katanya.

Rizal, 38, berkata beliau tidak pernah mengikuti kursus asas penulisan seperti ini dan ia berjaya mendedahkan bentuk penulisan di media konvensional dan media baru.

087

Beliau mencadangkan satu kursus lanjutan berkaitan penulisan media mencakupi ruang lingkup yang lebih luas termasuk penulisan teks ucapan diadakan.

ÔÇ£Saya berpendapat penceramah yang dijemput mengendalikan kursus benar-benar berpengalaman dan berkemahiran secara ÔÇÿhands-onÔÇÖ bagi menyelesaikan sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan penulisan di media termasuklah aspek-aspek teknikal,ÔÇØ katanya. Pegawai Perhubungan Awam Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Mohd Amir Khusairi Harun, 32, berkata beliau pertama kali menyertai kursus seumpama ini dan mengakui kandungan kursus memberikan pengetahuan baharu kepadanya.

Beliau berazam akan menyediakan bahan berita berkualiti bagi jabatannya sebelum disalurkan kepada pihak media selepas mengikuti kursus berkenaan.

ÔÇ£Saya akan mengikuti kursus lanjutan mengenai penulisan media jika diberi peluang pihak pengurusan KDN,ÔÇØ katanya.

-tamat-

PASUKAN PETUGAS KHAS KAJI LAPORAN SUHAKAM

PUTRAJAYA: Satu pasukan petugas khas akan diwujudkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengkaji laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) sebelum ini yang mengaitkan polis Cawangan Khas dengan kehilangan aktivis sosial, Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh Keng Joo.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pasukan petugas khas itu juga akan mengesyorkan bentuk tindakan yang wajar diambil kementerian atau pihak bertanggungjawab tentang kehilangan kedua-dua individu berkenaan.

“Nama-nama yang akan anggotai pasukan ini akan kita tentukan dan kita sudah mengenal pasti beberapa nama sesuai kerana laporan itu antara lain menyatakan polis terbabit, jadi pihak yang boleh membuat siasatan, yang ada kuasa polis juga.

“Oleh itu, kita mahu memastikan mereka yang menganggotai selain polis atau pihak bersesuaian akan kita namakan dan diberikan satu tempoh sesuai untuk mengemukakan keputusan hasil siasatan terhadap laporan dikeluarkan SUHAKAM ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di sini hari ini.

Sebelum ini, SUHAKAM mendakwa polis Cawangan Khas bertanggungjawab terhadap kehilangan secara paksa membabitkan kedua-dua aktivis sosial itu.

Kesimpulan itu dibuat hasil inkuiri awam terhadap kehilangan dua individu berkenaan yang bermula Oktober 2017.

Selain itu, Muhyiddin berkata, langkah penubuhan pasukan itu adalah selaras dengan tuntutan SUHAKAM dan pihak kementerian memandang serius terhadap perkara itu.

“Diharap selepas perkara itu selesai dibentangkan oleh pasukan petugas khas, kita akan dapat memutuskan bagaimana perkara itu dapat laksanakan,” katanya.

Ditanya bilakah anggota pasukan petugas khas itu akan dinamakan, beliau berkata, pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat ini.

“Kita ambil masa untuk mengumumkan keputusan itu bagi mencari orang yang sesuai untuk menjadi anggotanya. Mungkin dalam enam atau tujuh orang.

“Ada nama-nama yang telah kita kenal pasti tetapi kita hendak berhubung dengan mereka supaya bersetuju. Selepas itu baru kita beri terma rujukan dan tempoh berapa lama pasukan ini akan laksanakan tugas,” katanya.

Ditanya sama ada pihak polis terbabit dalam pasukan itu, beliau menjelaskan, polis akan turut serta tetapi memandangkan tuduhan itu mengaitkan nama pasukan seperti Cawangan Khas, pihaknya tidak boleh meletakkan mereka yang berkepentingan ke dalam pasukan berkenaan.

Dalam pada itu Muhyiddin berkata, gesaan Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin supaya menteri, menteri besar dan exco yang kurang menyerlah wajar meletak jawatan secara sukarela, hanya pandangan peribadi.

“Itu pandangan seorang pengamal media (Kadir Jasin), walaupun dia dari BERSATU, itu kita serah kepada individu yang dia maksudkan tadi, saya tidak tahu siapa yang dia maksudkan, kalau saya, saya berhentilah, kalau orang lain itu terserah kepada mereka.

“Ini adalah bidang kuasa Perdana Menteri, kalau Perdana Menteri hendak ambil apa-apa langkah atau tindakan, itu kita serah kepada beliau.

“Tapi apa pun saya fikir itu pandangan peribadi Datuk Kadir Jasin, mana-mana individu yang disebut, itu terserah mereka, kalaulah mereka rasakan tidak lagi sesuai berada dalam Kabinet,” katanya.

Sumber: Berita Harian

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/05/567340/pasukan-petugas-khas-kaji-laporan-suhakam

 

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom