Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Carian untuk:
Cari Hanya:
Jumlah: 50 keputusan dijumpai

YAB PM umum berita gembira buat anggota RELA

 

Serdang, 10 Mac 2018: Seramai 3 juta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) hari ini menerima berita gembira apabila Kerajaan mengumumkan kenaikan elaun anggota daripada RM6 kepada RM8 sejam dan RM7.80 kepada RM9.80 sejam bagi pegawai.

 

Kerajaan turut meluluskan peruntukkan tambahan sebanyak RM20 juta bagi membeli pakaian operasi digital baharu anggota RELA.

 

Pengumuman itu dibuat oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri ketika menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Ulangtahun RELA ke 46 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang

 

Menurut YAB Perdana Menteri, peruntukan tambahan dan peningkatan kadar elaun itu adalah sebagai menghargai kesetiaan dan pengorbanan anggota serta pegawai RELA di seluruh negara.

 

Turut hadir dalam majlis ini adalah YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, YBhg. Tan Sri Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, YBhg Tan Sri Zainal Rahim Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Dato’ Seri Alwi Hj Ibrahim, Ketua Setiausaha KDN dan YBrs, Tuan Zulkifli Abidin, Ketua Pengarah RELA.

 

Dalam majlis ini juga, YBhg Tan Sri Dr Ali Hamsa dianugerahkan pangkat kehormat RELA oleh YAB Perdana Menteri. Penganugerahan ini diharap akan meningkatkan gelombang kesukarelawan dikalangan penjawat awam.

 

Sambutan ulang tahun kali ini membabitkan 41,000 anggota dari seluruh negara yang disambut serentak di Universiti Malaysia Sabah, Sabah dan Stadium Persatuan Petrajaya, Sarawak. Ucapan YAB Perdana Menteri turut disiarkan secara langsung di dua lokasi tersebut.

PM Umum Berita Baik Buat Pesara Polis

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan berita baik meliputi empat perkara yang memberi manfaat kepada kira-kira 123,000 pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata kerajaan akan memperuntukkan RM3 juta untuk Tabung Amanah Warisan Polis setiap tahun selama tempoh tiga tahun bagi membantu kebajikan pesara dan keluarga mereka, memperuntukkan kuota khas haji, sebahagian daripada10,000 unit skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)-PDRM akan dikhaskan kepada pesara polis dan kemudahan penyaluran bantuan kepada mereka menerusi Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis.



Bilangan kuota khas haji untuk pesara polis itu akan umumkan perdana menteri selepas kerajaan mendapat jumlah kuota keseluruhan daripada kerajaan Arab Saudi.



"Selepas itu saya akan beritahu timbalan perdana menteri dan ketua polis negara berapa jumlah untuk dikhaskan kepada pesara-pesara," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan lebih 5,000 pesara polis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.



Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.



Najib berkata Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis akan disusun semula dan cawanganya akan dibuka di setiap negeri bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada pesara polis.



"Kesemua ini bukanlah nilai kepada perjuangan pesara kerana sumbangan anda tidak ternilai dalam menjaga agama, bangsa dan negara," katanya.



Najib turut meminta Ketua Polis Negara mengenal pasti pesara yang tertinggal daripada mendapat pengiktirafan atas jasa yang dilakukan selama ini.



"Bukanlah mereka berjuang kerana nak pingat, tetapi mereka inginkan pengiktirafan daripada negara," katanya.



Dalam pada itu, Najib mengingatkan pesara supaya terus menyokong kerajaan sedia ada bagi membolehkan negara menuju ke puncak kejayaan.



Beliau berkata pesara dan rakyat tidak seharusnya membuat perhitungan yang salah dengan memilih pihak tanpa ideologi serta tidak memikirkan perjuangan agama, bangsa dan negara.



"Tanah air inilah sahaja yang ada pada kita, perjuangan yang dulu pasukan keselamatan lakukan janganlah disia-siakan...banyak lagi yang ingin kita (kerajaan) lakukan," katanya.

-- BERNAMA

KENYATAAN MEDIA DATO’ SRI ALWI BIN HJ. IBRAHIM KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI MENGENAI PENYIARAN BERITA UTAMA BERTAJUK “MALAYSIAN TERRORIST LEADER” BERSAMA GAMBAR UMAT ISLAM SEDANG BERSOLAT TERAWIH

KENYATAAN MEDIA

DATO’ SRI ALWI BIN HJ. IBRAHIM

KETUA SETIAUSAHA

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

 

MENGENAI

 

PENYIARAN BERITA UTAMA BERTAJUK “MALAYSIAN TERRORIST LEADER”

BERSAMA GAMBAR UMAT ISLAM SEDANG BERSOLAT TERAWIH

YANG DISIARKAN OLEH AKHBAR HARIAN THE STAR BERTARIKH 27 MEI 2017

 

29 MEI 2017

 

 

1. Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 29 Mei 2017 (Isnin) telah memanggil ketua editor akhbar harian The Star ke KDN dan menyerahkan surat tunjuk sebab kepada akhbar berkenaan berhubung penyiaran berita muka hadapan bertajuk “Malaysian Terrorist Leader” disertai gambar umat Islam sedang bersolat terawih yang telah disiarkan pada 27 Mei 2017 lalu.

 

2. Kementerian amat dukacita akan tajuk berita itu pada halaman yang turut dimuatkan gambar yang tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan berita berkenaan dan sangat tidak sesuai untuk disiarkan pada halaman yang sama kerana ia mengelirukan, menimbulkan salah faham dan prejudis terhadap umat Islam yang mungkin akan dikaitkan dengan keganasan. Ia juga secara tidak langsung mempersendakan Agama Islam.

 

3. Akhbar harian The Star diberikan tempoh 7 hari untuk menjawab surat tunjuk sebab mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 termasuk digantung permit penerbitan.

 

4. Kementerian mengingatkan semua akhbar untuk bersama-sama memastikan kandungan penerbitan tidak mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti dan boleh memudaratkan ketenteraman awam.

 

5. Pihak akhbar bertanggungjawab memastikan perpaduan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya sentiasa terpelihara.

 

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Putrajaya

KENYATAAN MEDIA JABATAN PENDAFTARAN NEGARA : PEMBERITAHUAN OPERASI KAUNTER 6 HARI SEMINGGU IBU PEJABAT JABATAN PENDAFTARAN NEGARA MALAYSIA (JPN) DI PUTRAJAYA DAN IBU PEJABAT JPN NEGERI

Unit Perhubungan Awam

Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia

No 20 Persiaran Perdana, Presint 2

62551 W.P. Putrajaya

NOTA KEPADA PENGARANG

7 September 2015 (Isnin)

 

PEMBERITAHUAN OPERASI KAUNTER 6 HARI SEMINGGU IBU PEJABAT JABATAN PENDAFTARAN NEGARA MALAYSIA (JPN) DI PUTRAJAYA DAN IBU PEJABAT JPN NEGERI

 

Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa operasi Kaunter Ibu Pejabat JPN di Putrajaya dan Ibu Pejabat JPN Negeri yang tiada cawangan di UTC hanya akan di buka 6 hari sahaja berbanding setiap hari pada sebelum ini. Waktu operasi berkenaan akan berkuatkuasa mulai 12 September 2015 (Sabtu). 

Sehubungan itu, operasi kaunter hujung minggu bagi Ibu Pejabat JPN di Negeri Kelantan dan Terengganu akan ditutup pada hari Sabtu. Manakala Ibu Pejabat JPN di Putrajaya dan Ibu Pejabat Negeri yang tiada cawangan di UTC akan ditutup pada hari Ahad.

Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal JPN di www.jpn.gov.my , atau hubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di talian 03 - 88807077 atau e-mel di pro@jpn.gov.my.

 

Sekian, harap maklum.

 

Tamat.  

 

´üÂMohon kerjasama semua stesen Televisyen dan Radio untuk membuat hebahan dan crawler.┬á

 

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom