Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Selamat Datang

Pautan Pantas Maklumat Korporat, Direktori, Perkhidmatan Online, Terkini dan Menu Portal

  kdn mapkdn feedbackkdn contact uskdn faq

header plain mobile2

PASUKAN PETUGAS KHAS KAJI LAPORAN SUHAKAM

PUTRAJAYA: Satu pasukan petugas khas akan diwujudkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengkaji laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) sebelum ini yang mengaitkan polis Cawangan Khas dengan kehilangan aktivis sosial, Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh Keng Joo.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pasukan petugas khas itu juga akan mengesyorkan bentuk tindakan yang wajar diambil kementerian atau pihak bertanggungjawab tentang kehilangan kedua-dua individu berkenaan.

“Nama-nama yang akan anggotai pasukan ini akan kita tentukan dan kita sudah mengenal pasti beberapa nama sesuai kerana laporan itu antara lain menyatakan polis terbabit, jadi pihak yang boleh membuat siasatan, yang ada kuasa polis juga.

“Oleh itu, kita mahu memastikan mereka yang menganggotai selain polis atau pihak bersesuaian akan kita namakan dan diberikan satu tempoh sesuai untuk mengemukakan keputusan hasil siasatan terhadap laporan dikeluarkan SUHAKAM ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di sini hari ini.

Sebelum ini, SUHAKAM mendakwa polis Cawangan Khas bertanggungjawab terhadap kehilangan secara paksa membabitkan kedua-dua aktivis sosial itu.

Kesimpulan itu dibuat hasil inkuiri awam terhadap kehilangan dua individu berkenaan yang bermula Oktober 2017.

Selain itu, Muhyiddin berkata, langkah penubuhan pasukan itu adalah selaras dengan tuntutan SUHAKAM dan pihak kementerian memandang serius terhadap perkara itu.

“Diharap selepas perkara itu selesai dibentangkan oleh pasukan petugas khas, kita akan dapat memutuskan bagaimana perkara itu dapat laksanakan,” katanya.

Ditanya bilakah anggota pasukan petugas khas itu akan dinamakan, beliau berkata, pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat ini.

“Kita ambil masa untuk mengumumkan keputusan itu bagi mencari orang yang sesuai untuk menjadi anggotanya. Mungkin dalam enam atau tujuh orang.

“Ada nama-nama yang telah kita kenal pasti tetapi kita hendak berhubung dengan mereka supaya bersetuju. Selepas itu baru kita beri terma rujukan dan tempoh berapa lama pasukan ini akan laksanakan tugas,” katanya.

Ditanya sama ada pihak polis terbabit dalam pasukan itu, beliau menjelaskan, polis akan turut serta tetapi memandangkan tuduhan itu mengaitkan nama pasukan seperti Cawangan Khas, pihaknya tidak boleh meletakkan mereka yang berkepentingan ke dalam pasukan berkenaan.

Dalam pada itu Muhyiddin berkata, gesaan Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin supaya menteri, menteri besar dan exco yang kurang menyerlah wajar meletak jawatan secara sukarela, hanya pandangan peribadi.

“Itu pandangan seorang pengamal media (Kadir Jasin), walaupun dia dari BERSATU, itu kita serah kepada individu yang dia maksudkan tadi, saya tidak tahu siapa yang dia maksudkan, kalau saya, saya berhentilah, kalau orang lain itu terserah kepada mereka.

“Ini adalah bidang kuasa Perdana Menteri, kalau Perdana Menteri hendak ambil apa-apa langkah atau tindakan, itu kita serah kepada beliau.

“Tapi apa pun saya fikir itu pandangan peribadi Datuk Kadir Jasin, mana-mana individu yang disebut, itu terserah mereka, kalaulah mereka rasakan tidak lagi sesuai berada dalam Kabinet,” katanya.

Sumber: Berita Harian

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/05/567340/pasukan-petugas-khas-kaji-laporan-suhakam

 

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom