header plain mobile2

  • Laman Utama
  • Berita
  • Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 2017

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 2017

 

PUTRAJAYA: YBhg Dato’ Seri Alwi bin Hj Ibrahim, KSU KDN hari ini mewakili Menteri Dalam Negeri menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 2017 di Dewan Balora JPN Putrajaya.

 

Seramai 347 orang warga Jabatan Pendaftaran Negara dari seluruh negara diraikan pada ini. YBhg Dato’ Seri KSU dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada penerima dan mengingatkan semua warga JPN untuk meneruskan rentak kecemerlangan serta sentiasa berikan komitmen yang jitu kepada organisasi.

 

Majlis turut dihadiri oleh YBhg Dato’ Sri Nadzri Siron, Timbalan Ketua Setiausaha Keselamatan KDN, YDH Tan Sri Noor Rashid Ibrahim , Timbalan Ketua Polis Negara, dan YBhg Dato’ Mohammad Razin Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara.dan YBhg. Dato' Abdul Halim, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Imigresen Malaysia.