Awam | Warga KDN     phone white icon 7.jpg 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

header plain mobile2

KSU Hadiri Majlis Persaraan JPN

Image may contain: 11 people, people standing

YBhg Dato’ Seri Alwi Ibrahim KSU KDN malam tadi menyempurnakan Majlis Persaraan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 2018. Majlis pada malam ini meraikan seramai 105 orang pesara Jabatan Pendaftaran Negara dari seluruh negara yang bersara pada tahun 2018.

 

Beliau dalam ucapannya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pesara atas khidmat bakti dan pengorbanan kepada perkhidmatan awam, Kementerian Dalam Negeri khasnya JPN.

 

Majlis yang diadakan di Balora Perdana JPN ini turut dihadiri oleh YBhg Dato’ Wan Ali Besar, TKSU Pengurusan dan YBhg. Dato' Mohammad Razin bin Abdullah, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (KPPN)

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  JPN  AADK  JPPM RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom