Awam | Warga KDN     phone white icon 7.jpg 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

header plain mobile2

KSU KDN lawat CCRC Sg Ruan Raub, Pahang

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing and indoor

 

RAUB: YBhg Dato’ Seri Alwi Ibrahim, KSU KDN hari ini mengadakan Lawatan Kerja ke Cure & Care Rehabilitation Center (CCRC), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sg Ruan, Raub Pahang.

 

Setibanya beliau ke CCRC SG Ruan, beliau dan delegasi diberikan taklimat mengenai pengoperasian serta program rawatan dan pemulihan dadah yang dijalankan.

 

Program rawatan dan pemulihan AADK kini menggunakan sepenuhnya model psikospiritual ISRA ( Islamic Spiritual Rehabilitation Approach ) dan Modul Tazkiyyah al - Nafs (penyucian jiwa) yang merupakan hasil cetusan idea YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri.

 

YBhg. Dato’ Seri KSU dalam ucapannya berharap agar pelatih-pelatih dapat menggunakan peluang dengan sebaiknya bagi memperbaiki diri dan membina kehidupan baru. Beliau juga berharap agar keluarga dapat memberikan sokongan berterusan dalam membantu pelatih untuk kembali ke pangkuan masyarakat.

 

Pada program tersebut YBhg. Dato’ Seri KSU turut menyampaikan Anugerah Pemulihan Klien, Geran NGO kepada Pusat Pemulihan, Geran Persatuan Penduduk dan dokumen kelahiran kepada penduduk kawasan sekitar.

 

Hadir sama dalam program ini ialah YBhg Dato’ Wan Ali Besar, TKSU Pengurusan, YBhg Dato’ Seri Nadzri Siron, TKSU Keselamatan, YBhg Dato’ Dr Abdul Halim, Ketua Pengarah AADK dan pegawai- pegawai kanan KDN serta AADK.

 

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  JPN  AADK  JPPM RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom