header plain mobile2

TPM lancarkan Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPIER) KDN

 

PUTRAJAYA, 8 Februari 2018: YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pagi tadi menyempurnakan Perhimpunan Bulanan KDN Februari 2018 di Auditorium Blok D8 Kompleks D Putrajaya. Perhimpunan Bulanan kali ini di hoskan oleh Polis Diraja Malaysia.


Pada majlis perhimpunan hari ini, YAB TPM telah melancarkan Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPIER) KDN yang akan digunakan untuk pengambilan kakitangan KDN khususnya bagi penguat kuasa, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen.


SPIER dibangunkan untuk mengenal pasti calon pengambilan yang mampu memenuhi kriteria terutama dari segi personaliti, integriti, kesihatan mental, kompetensi dan patriotisme.
SPIER merupakan tiga sistem ujian psikometrik secara berkomputer dan boleh digunakan dalam proses pembangunan kendiri pegawai.


SPIER bagi Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) sedang dibangunkan dan akan digunakan sepenuhnya menjelang 2019.


Seramai 13 orang pegawai kanan Polis DiRaja Malaysia dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Cawangan Khas turut diberikan penghargaan atas kecemerlangan mereka dalam menjayakan pelbagai operasi sepanjang tahun 2017.