header plain mobile2

DIALOG TN50 KESELAMATAN MELENGKAPKAN ASPIRASI RAKYAT

KUALA LUMPUR 15 September 2017 - Program Transformasi Nasional 2050 (TN50) adalah untuk melengkapkan aspirasi rakyat terhadap TN50 di bawah kluster keselamatan.

 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dialog TN50 keselamatan akan dijadikan keutamaan dan hala tuju keselamatan akan ditentukan bersama dengan rakyat.

 

Justeru, penganjuran ini adalah signifikan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai platform libat urus antara Kerajaan dan rakyat dalam mendengar dan mengambil kira aspirasi serta pandangan rakyat terhadap Hala Tuju Keselamatan Dalam Negeri Dan Kesejahteraan Rakyat menjelang tahun 2050.

 

TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050.

 

Ke arah menjadi sebuah negara maju, negara perlu menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam aspek ekonomi, kesejahteraan rakyat, inovasi dan tentunya aspek keselamatan.