Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Search for:
Search Only:
Total: 50 results found.

KENYATAAN MEDIA MAJLIS PELANCARAN MISI BANTUAN RELA 2.0 DAN PENYERAHAN SUMBANGAN

MAJLIS PELANCARAN MISI BANTUAN RELA 2.0

DAN PENYERAHAN SUMBANGAN

 

TARIKH       : 10 NOVEMBER 2017 (JUMAAT)

MASA          : 2.30 PETANG

TEMPAT      : LOBI D1, KEMENTERIAN DALAM NEGERI, KOMPLEKS D,

   PUTRAJAYA

ANJURAN   : JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA)

 

  • Majlis ini disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri (KDN). Turut hadir adalah YB Timbalan-timbalan Menteri Dalam Negeri, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Pengarah RELA.

 

  • Misi Bantuan RELA bertujuan membantu mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir yang melanda Pulau Pinang, Kedah dan Perak ketika ini. Bantuan ini akan diagihkan ke seluruh negara   di mana bencana banjir yang terlibat dan sebagai permulaan misi ini akan menghantar bantuan ke Pulau Pinang dan Kedah pada hari ini, manakala negeri lain juga diletakkan dalam keadaan siap siaga.

 

  • Misi Bantuan RELA digerakkan dengan kekuatan hampir 500 pegawai dan anggota serta aset seperti 19 lori, 17 van, 7 4x4 dan 1 MPV. Antara negeri yang menghantar bantuan termasuk Selangor, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu, WPKL dan Johor.

 

  • YAB TPM hari ini turut melepaskan konvoi misi bantuan Kelab Bantuan Bencana 4x4 Rimau Akar Putrajaya yang dianggotai oleh ahli RELA bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang dan Kedah. Seramai 40 orang ahli kelab dengan 15 buah 4x4 akan menyertai misi bantuan ini.

 

  • Melalui misi ini, pihak RELA telah menerima pelbagai sumbangan dari Ahli Kehormat / Bersekutu  RELA seperti barangan makanan keperluan asas harian (beras, gula, susu, milo, teh, biskut, air mineral, selimut, face mask, penyapu dan penyodok), alat pembersih (waterjet 91 buah) serta alat pemotong kayu (chainsaw 4 buah) yang berjumlah hampir RM90,000 bertujuan membantu proses pembersihan rumah dan meringankan beban mangsa banjir.

 

  • Bagi merealisasikan misi kemanusiaan ini dalam membantu mangsa banjir, pihak RELA amat mengalu-alukan sokongan dan bantuan orang ramai dalam menjayakan misi ini terutama dari Ahli Kehormat / Bersekutu RELA dari seluruh Malaysia.

 

  • Sebarang bantuan atau sumbangan yang ingin dihulurkan boleh disalurkan melalui Ibu Pejabat RELA Malaysia.

 

Sekian, terima kasih.

 

Disediakan oleh                  :               Unit Media RELA

    Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),

    Kementerian Dalam Negeri,

                                                             Aras 9, Blok D9, Kompleks D,

                                                             Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

                                                             62546 PUTRAJAYA

No.Telefon                            :             03 - 8870 3673

Tarikh dikeluarkan               :             10 November 2017

MISI BANTUAN RELA 2.0

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

TPM Lancar Misi Bantuan Rela Bantu Mangsa Banjir

PUTRAJAYA, 4 Jan (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan misi bantuan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bagi membantu mangsa banjir, khususnya di Kelantan dan Terengganu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata sebagai permulaan, misi tersebut menghantar bantuan ke Kelantan dan Terengganu hari ini manakala negeri lain pula diletakkan dalam keadaan siap sedia.

"Saya berharap misi ini dapat meringankan beban mangsa banjir ketika berada di pusat pemindahan sementara, atau di kampung atau rumah yang dinaiki air dan terputus hubungan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena misi itu.

Pada majlis pelancaran misi itu di perkarangan Blok D di sini hari ini, Ahmad Zahid melepaskan konvoi kenderaan misi bantuan yang terdiri daripada 32 anggota Rela, 10 kereta pacuan empat roda dan lima bot.

Antara sumbangan yang akan disalurkan kepada mangsa banjir termasuk makanan keperluan asas harian seperti beras, minyak masak, gula, tepung, mee segera, sardin, biskut, susu, ubat-ubatan, tuala wanita, lampin dewasa dan kanak-kanak, telekung dan kain pelekat.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pengarah Rela Zulkifli Abidin.

Pada majlis berasingan sebelum itu, Ahmad Zahid menerima Dokumen Perancangan Strategik KDN Tahun 2017 daripada Alwi.

Dalam ucapannya, beliau berkata KDN perlu mencapai 38 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) berbanding 22 KPI pada tahun lepas.

Beliau berkata lapan agensi di bawah KDN perlu terus berusaha menterjemahkan 38 KPI yang ditetapkan dengan mencatatkan skor teknikal sebanyak 138 peratus berbanding 123 peratus pada tahun lepas. Ahmad Zahid berkata KDN diletakkan sebagai organisasi yang berada di barisan hadapan khususnya dalam aspek keselamatan.

"Tanggungjawab berat ini tidak harus dilihat sebagai satu bebanan sebaliknya ia adalah satu tahap kebolehpercayaan tinggi yang diletakkan pada KDN untuk mewujudkan kesejahteraan, keselamatan dan keharmonian.

"Maka, kita mempunyai tanggungjawab untuk mempertingkatkan pencapaian sekurang-kurangnya 138 peratus dan menterjemahkan 38 KPI yang ditetapkan," katanya.

-- BERNAMA

TPM lancar Skim Subsidi dan Bantuan Saringan Kesihatan Untuk Anggota PDRM

 

 

YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri hari ini telah melancarkan Skim Subsidi dan Bantuan Saringan Kesihatan Untuk Anggota Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.

 

Seiring dengan pelancaran ini beliau juga mengarahkan anggota PDRM menjalani pemeriksaan kesihatan sekali setahun.

 

Arahan tersebut adalah merupakan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu yang akan dilaksanakan namun begitu anggota PDRM digalakan supaya menjalani pemeriksaan setiap 6 bulan untuk memastikan kesihatan mereka sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Majlis Penyampaian Bantuan Kemanuasiaan Yemen Melalui Mercy Malaysia

 

KENYATAAN MEDIA 

 KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN)

 

SEMPENA

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KEMANUSIAAN YEMEN MELALUI MERCY MALAYSIA

6 OGOS 2015

________________________________________________________________________________________________________________

Malaysia dan Republik Yemen mempunyai mempunyai hubungan kerjasama dua hala yang akrab. Seperti mana sedia maklum, umat Islam di Republik Yemen kini sedang mengalami krisis kemanusiaan yang meruncing akibat daripada pergolakan politik yang berlaku di negara tersebut.

Kementerian Dalam Negeri telah menerima sumbangan cek berjumlah RM300,000.00 daripada Yayasan Albukhary pada 29 Jun 2015. Sehubungan itu, Majlis Penyampaian Bantuan Kemanusiaan Yemen melalui Mercy Malaysia akan disempurnakan oleh YBhg. DatoÔÇÖ Sri Alwi bin Hj. Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pada 6 Ogos 2015 di Kompleks D1, Kementerian Dalam Negeri.┬á

Semoga bantuan yang disampaikan sedikit sebanyak membantu Kerajaan dan rakyat Yemen dalam menempuh saat-saat sukar ini dan semoga rakyat Yemen tabah dan terus berjuang mempertahankan kedaulatan Negara mereka. 

 

#####

 

Agencies |

CLICK LOGO FOR SERVICES INFO

 PDRM  PENJARA  JIM  JPN  AADK  JPPM RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom